Avast Driver Updater
Kekalkan komputer anda dan aksesorinya berjalan dengan lancar. Cubalah perisian Avast Driver Updater secara percuma untuk mengimbas, mengemas kini, dan membaiki pemacu PC anda dengan mudah – kad kredit tidak diperlukan.
Mengimbas pemacu lapuk secara automatik
Mengurangkan risiko keselamatan pemacu yang berkaitan
Mengurangkan beku dan ranap
Nikmati grafik yang lebih tajam dan audio yang lebih jelas
Membaiki rangkaian pemacu yang berkaitan dan isu pencetak
Mengimbas berjuta pemacu secara automatik bagi mencari yang tepat untuk peranti anda
Driver Updater mengesan pemacu yang sudah lapuk, rosak, terdedah atau hilang secara automatik serta mengemas kininya untuk membaiki pepijat dan kelemahan. Ia juga membolehkan anda membuat sandaran dan memulihkan pemacu terdahulu anda jika terdapat isu dengan pemacu anda yang dikemas kini.
Pemacu yang terdedah boleh menjadi risiko keselamatan yang ketara
Pemacu ialah program yang kadangkala boleh rosak atau mengandungi jurang keselamatan. Jurang ini boleh dieksploitasi oleh penyerang untuk mengakses data anda atau membuat perubahan pada sistem pengendalian anda. Driver Updater membantu melindungi anda dengan mengimbas kelemahan, mengenal pasti pemacu lapuk atau rosak, dan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja kemas kini lebih selamat tersedia.
Tidak perlu bimbang tentang ranap dan beku
Tingkatkan prestasi PC anda dengan mudah. Pemacu lama dan rosak adalah punca biasa ranap, beku dan skrin biru. Driver Updater mencari versi pemacu terkini untuk memberi lebih banyak kestabilan dengan mengurangkan pepijat, masalah sambungan, isu tetikus atau pencetak.
Nikmati grafik yang lebih tajam dan audio yang lebih jelas
Nikmati imej dan audio yang lebih jelas dalam permainan, Realiti Maya, apl multimedia, penstriman dan pengeditan media. Driver Updater memudahkannya dengan membantu anda mengemas kini pemacu grafik dan bunyi.
Membaiki rangkaian pemacu yang berkaitan dan isu pencetak dengan pantas
Wi-Fi sentiasa putus? Pencetak tiba-tiba tidak berfungsi? Driver Updater membantu anda membaiki isu ini sebelum menjadi gangguan besar.
Tiada kemahiran teknologi diperlukan untuk menyelesaikan isu pemacu dengan mudah
Jika anda menghadapi isu PC, pembantu pencarisilapan kami akan membantu anda mengenal pasti kemas kini pemacu yang mungkin menjadi puncanya. Kemudian, ia membawa anda untuk kembali kepada versi yang lebih stabil untuk prestasi yang lebih lancar.
Pasang pemacu dengan lancar daripada lebih 1,300 jenama utama
Imbasan satu klik kami memudahkan anda mencari pemacu yang anda perlukan untuk pencetak, pengimbas, kamera web, pembesar suara, papan kekunci, penghala dan peranti lain.
Padat dengan ciri
Mengimbas komputer anda untuk mengesan pemacu yang rosak, hilang dan usang
Membantu memastikan pemacu yang anda muat turun daripada pengkalan data kami adalah bebas perisian hasad sebelum ia dipasangkan pada PC anda
Memeriksa lebih daripada 300,000 peranti perkakasan
Mengimbas kemas kini terkini dalam masa nyata
Mengesyorkan pemacu yang optimum berdasarkan sistem pengendalian dan konfigurasi khusus PC anda
Menyandarkan pemacu anda untuk membantu mengembalikan perubahan yang tidak dikehendaki
Membantu mengelakkan masalah perkakasan dengan proses pemasangan berskala
Avast Driver Updater