Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Kosongkan ruang dan nikmati prestasi yang lebih laju dengan pembersih PC kami

Cubalah Avast Cleanup Premium secara percuma — tiada kad kredit diperlukan. Bersihkan dan optimumkan prestasi peranti anda dengan pembersih PC kami untuk membantu mendapatkan semula gigabait ruang storan dan menjadikan komputer anda berfungsi dengan lebih baik untuk masa yang lebih lama.
Jadikan peranti anda berprestasi seperti baharu:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan.
Nikmati prestasi yang lebih laju daripada peranti anda.
Sediakan penyelenggaraan automatik.
Lihat semua ciri
Jaminan wang dikembalikan 30 hari
Jadikan PC Windows anda lebih bersih dan lebih laju
PC anda semakin tua. Membantu mengoptimumkan masalah yang memperlahankan anda dengan teknologi cemerlang Avast Cleanup Premium yang telah dipatenkan.
Tidurkan aplikasi.
Alih keluar perisian remeh dan program yang telah dilupakan.
Nyahfragmen dan optimumkan cakera keras anda.
Apakah yang memperlahankan peranti saya?
Lebih banyak program yang anda pasang dan gunakan, PC anda akan menjadi lebih perlahan disebabkan tiga punca utama.
Item permulaan
Banyak program mungkin berjalan secara automatik semasa anda menghidupkan PC anda, memperlahankan masa permulaan dengan ketara.
Proses latar belakang
Program mungkin berjalan di latar belakang walaupun semasa anda tidak menggunakannya, memonopoli memori dan CPU PC anda.
Tugas berjadual
Sesetengah perisian mungkin menetapkan jadualnya sendiri dan boleh dimulakan secara tiba-tiba, menghabiskan sumber dan memperlahankan PC anda.
Membantu meningkatkan prestasi PC anda dengan Mod Tidur
Proses penalaan PC kami mengesan penurunan prestasi dan membenarkan anda menghentikannya tanpa menyahpasang program atau mengganggu prestasi PC anda.
Masa untuk tidur
Hidupkan Mod Tidur untuk membekukan sebarang program yang mungkin memperlahankan anda. Semasa tidur, program ini tidak akan menggunakan sumber.
Bangun
Lancarkan program yang anda tidurkan dan biarkan algoritma pintar kami mendayakan aktiviti latar belakangnya secara automatik.
…dan kembali tidur
Selepas anda selesai menggunakan program, kami akan menidurkannya semula secara automatik untuk membantu menghalangnya daripada memperlahankan anda.
Semakin banyak program yang anda tidurkan, semakin kurang program yang berjalan di latar belakang, yang boleh membantu mengoptimumkan prestasi PC anda.
Alih keluar program sarap dan perisian remeh
Kenal pasti perisian remeh dan program yang telah lama dilupakan
PC anda boleh diperlahankan oleh program yang sudah lama tidak digunakan atau yang tidak pernah anda mahukan — seperti versi percubaan, bar alat yang tidak diingini atau perisian yang diprapasang. Ini satu pembaziran ruang dan kelajuan serta mungkin juga risiko keselamatan. Ciri Pengurus Aplikasi kami mengimbas PC anda untuk mengesan aplikasi lama dan program yang menggunakan banyak ruang serta membenarkan anda menghapuskannya dengan selamat tanpa meninggalkan saki-baki.
Bersihkan aplikasi
Tidak perlu lagi meneka program yang tidak diperlukan dengan sistem pengesanan reputasi dan program yang tidak diperlukan kami yang berasaskan awan. Jika anda takut untuk menyahpasangnya, anda boleh alihkan aplikasi ke tong sampah buat sementara waktu sehingga anda membuat keputusan.
Nyahfragmen dan jaga cakera keras anda
Peningkatan prestasi untuk HDD anda
Nyahfragmen ialah faktor utama dalam prestasi PC: Ini ialah proses menyusun semula fail pada cakera keras untuk akses yang lebih pantas. Anda akan menikmati masa permulaan yang lebih pantas, kurang memuat dan prestasi yang lebih pantas secara keseluruhan.
Menjaga SSD anda
Disk Doctor kami mengimbas cakera sistem anda untuk potensi ralat, termasuk ralat sistem fail, isu integriti data dan hak akses. Jika sebarang isu dikesan, ia menawarkan pembaikan automatik. Ia juga mengesan SSD (Pemacu Keadaan Pepejal) yang tidak perlu dinyahfragmen.
Baca lebih lanjut tentang nyahfragmen di sini
Beri PC anda pembersihan yang sewajarnya
Kehabisan ruang cakera? Avast Cleanup mengimbas keseluruhan PC anda untuk mengalih keluar gigabait saki-baki fail sarap daripada beratus-ratus aplikasi, pelayar dan juga Windows.
Bersihkan pelayar anda.
Alih keluar pemalam dan bar alat yang tidak diingini.
Kosongkan ruang.
Bagaimanakah saya hendak menghapuskan kekusutan harian?
Anda menggunakan PC setiap hari, ia menjadi berserak dengan saki-baki fail daripada Windows, program anda atau daripada pelayaran web. Kami ada penawarnya.
Pembersih Pelayar
Pelayar boleh menyimpan rekod aktiviti dan maklumat peribadi anda seperti kuki, sejarah pelayaran, kelayakan log masuk atau cache. Dapatkan semula dan tingkatkan privasi anda serta kelajuan pelayaran dengan pembersihan automatik sejarah pelayaran anda dalam pelayar paling popular pada masa kini.
Mengalih keluar perisian remeh dengan berkesan
Perisian remeh ialah perisian prapasang yang tidak diperlukan: aplikasi yang tidak digunakan, bar alat yang mengganggu, percubaan perisian lapuk dan perisian iklan yang mengganggu anda dengan iklan timbul malah mungkin mengintip anda. Avast Cleanup akan menjalankan imbasan mendalam pada mesin anda untuk mengeluarkan perisian remeh PC.
Pembersih Cakera
Jalankan imbasan mendalam untuk mengesan saki-baki aplikasi yang memakan ruang storan berharga.
Fail pemasang
Pemasangan boleh menjadi mengusutkan. Pemasangan meninggalkan fail sementara yang akan menyesakkan cakera keras anda.
Cache
Fail sementara yang ditinggalkan pada cakera anda oleh program dan Windows.
Fail sistem sementara
Sistem pengendalian dan program anda mencipta fail sementara yang ditinggalkan pada cakera anda.
Sandaran lama
Titik pemulihan yang dibuat oleh sistem pengendalian untuk kembali kepada keadaan sebelumnya.
Baiki masalah PC anda
Pembaikan pantas untuk PC yang sudah lama, Avast Cleanup padat dengan alat untuk pengguna baharu dan profesional untuk membaiki isu yang menjengkelkan, ranap dan beku.
Nikmati penyelenggaraan automatik.
Bersihkan daftaran.
Bersihkan pelayar.
Dapatkan bantuan untuk membaiki ralat cakera keras.
Apakah penyelenggaraan automatik?
PC anda mengumpulkan banyak data yang membazir setiap hari tetapi kami bersedia membantu anda. Penyelenggaraan automatik kami membantu anda mengalih keluar fail sarap dengan kerap dan secara automatik.
Bersihkan pelayar dan cakera anda
Alih keluar saki-baki fail cache dan jejak daripada pelayar anda, program dan Windows.
Aih keluar pintasan rosak
Bersihkan desktop anda dalam masa beberapa saat dengan memadamkan semua pintasan "mati" yang anda tidak pernah guna.
Bersihkan daftaran anda
Isu daftaran boleh menyebabkan ranap program dan mesej ralat. Kami membantu anda membaiki daftaran anda secara automatik sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan kerap Avast Cleanup.
Disk Doctor
Dari semasa ke semasa, struktur fail dan folder cakera keras anda boleh menjadi rosak, menyebabkan kehilangan data dan ranap sistem. Disk Doctor kami membantu mengelakkan ralat dan menyembuhkan cakera anda. Berikut ialah perkara yang kami periksa:
Ralat sistem fail
Cakera keras anda disusun seperti buku: Indeks yang menunjuk ke bab dan halaman. Sekiranya indeks ini rosak, PC anda tidak akan dapat mencari fail atau folder lagi. Ini boleh menyebabkan kehilangan fail, aplikasi tidak lagi berfungsi mahupun ranap sistem Windows. Disk Doctor kami memeriksa ralat struktur tersebut dan membantu anda membaikinya dalam masa yang singkat.
Integriti data
Fail pada cakera anda boleh menjadi rosak kerana pelbagai sebab, seperti kehilangan bekalan kuasa secara tiba-tiba. Disk Doctor kami mengesan ralat tersebut dan membantu membaikinya.
Hak akses
Sekiranya anda mendapat mesej "Anda tiada keistimewaan untuk mengakses fail ini" (atau yang serupa dengannya), maka hak akses fail dan folder telah bercelaru. Hal ini boleh berlaku setelah melakukan kemas kini, pemasangan aplikasi mahupun selepas mengalami serangan virus. Disk Doctor memeriksa ralat seperti ini dan cuba menyembuhkannya.
Kemas kini program anda secara automatik
Program usang boleh menyebabkan PC anda terdedah kepada pepijat, ranap dan risiko keselamatan. Pengemas Kini Perisian kami memeriksa kemas kini pada program anda dengan kerap dan membenarkan anda untuk memasang versi yang lebih baharu secara automatik jika anda mahu.
Membantu mengelakkan risiko keselamatan
Percubaan untuk membaiki pepijat
Menyediakan ciri terkini
Mengapakah saya perlukan kemas kini perisian?
Kemas kini perisian boleh menjadi amat penting untuk memastikan PC anda dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Berikut ialah sebab anda tidak harus mengabaikannya.
Untuk mengelakkan risiko keselamatan
Program usang boleh menyebabkan PC anda terdedah kepada risiko keselamatan. Pengemas Kini Perisian kami membantu menampal kelemahan keselamatan untuk anda, tanpa menyusahkan anda mencari, memuat turun dan memasang kemas kini.
Untuk membaiki pepijat
Pembaikan pepijat adalah sebahagian daripada banyak kemas kini, jadi Pengemas Kini Perisian membantu anda menggunakan perisian dalam keadaan kurang ranap yang menyakitkan hati dan mesej ralat. Kami menyokong aplikasi paling popular seperti Adobe Reader, Skype, VLC Player dan WinRAR.
Untuk mendapatkan ciri terkini
Kemas kini baharu sering membawa ciri baharu. Sebagai contoh, VLC Player 3 menambahkan sokongan sehingga 8K dan video HDR — sesuatu yang anda akan terlepas jika tidak pernah mengemas kini. Pengemas Kini Perisian kami dapat memasang kemas kini untuk anda secara automatik, jadi apabila anda membuka aplikasi kegemaran anda selepas ini, sebarang ciri baharu akan sedia untuk digunakan.

Alami kuasa pembersih dan pengoptimum PC kami

Avast Cleanup datang dengan alat yang anda perlukan untuk meningkatkan prestasi peranti anda:
Mod Tidur
Hentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang untuk mengosongkan memori peranti anda dan membantunya berjalan lebih pantas.
Pembersih Pintasan
Mengalih keluar pintasan rosak daripada senarai desktop dan sejarah di seluruh Windows dan aplikasi lain.
Penyelenggaraan Automatik
Membersihkan dan menala PC anda untuk anda dengan kerap — tanpa anda berbuat apa-apa.
Pembersih Cakera
Dapatkan semula ruang storan dengan menghapuskan saki-baki fail daripada Windows dan beratus-ratus program paling biasa.
Pembersih Daftaran
Mengimbas daftaran Windows anda untuk mengesan isu dan cuba membaikinya.
Pembersih Pelayar
Membersihkan jejak dalam talian, kuki dan data sementara daripada lebih 25 pelayar, termasuk Edge, Chrome dan Firefox.
Pengemas Kini Perisian
Cari dan pasang kemas kini perisian untuk aplikasi paling popular di satu tempat dengan hanya beberapa klik sahaja.
Menala Papan Pemuka dan Pusat Tindakan
Menawarkan gambaran keseluruhan pantas tentang kesihatan PC anda.
Nyahfragmen dan Optimumkan Cakera
Membantu anda menstruktur semula cakera keras anda untuk akses fail yang lebih pantas.
Disk Doctor
Memeriksa dan membantu membaiki serta mencegah ralat pada cakera keras anda.
Pemulihan Data
Cari fail yang dipadamkan pada pemacu keras, pemacu USB serta kad ingatan anda dan cuba memulihkannya sebelum ia ditulis ganti.

Mari bercakap tentang angka

Keluaran Avast Cleanup 2019 kami telah melebihi jangkaan dalam ujian dalaman kami. Berikut ialah angkanya:
79%
Permulaan yang lebih pantas*
89 saat
18 saat
Sebelum
Selepas
Masa but diukur dalam saat menggunakan Microsoft Performance Toolkit
(Surface Book)
30%
Prestasi kerja lebih laju
7.990 mata
10.421 mata
Sebelum
Selepas
Markah dalam mata berdasarkan pada markah PCMark, menunjukkan keupayaan berbilang tugas dan multimedia. Lebih tinggi markahnya lebih baik.
(PC desktop Alienware)
71 GB
Dibersihkan
80GB
151GB
Sebelum
Selepas
71 GB ruang dikosongkan selepas mengalih keluar fail sementara menggunakan Pembersih Cakera Avast Cleanup.
(Ultrabook 2012)
*Keputusan daripada makmal ujian kami adalah sebagai petunjuk sahaja. Keputusan anda mungkin berbeza.
Meningkatkan peranti Mac dan Android anda
Avast Cleanup untuk Mac
Anda fikir Mac anda bersih? Fikir baik-baik. Alat pembersihan kami untuk Mac membantu anda mengesan fail sarap yang tersembunyi, fail besar, malah foto yang kabur atau pendua. Penyahpasang aplikasi kami menghapuskan aplikasi dan saki-baki dengan cepat.
Avast Cleanup untuk Android
Mengesan saki-baki data, aplikasi yang menyusutkan bateri yang tersembunyi dan membantu anda mengatur telefon anda. Kami juga mengesan foto yang kabur dan buruk untuk anda hapuskan! Dapatkan lebih kelajuan, ruang dan penyusunan dalam beberapa ketikan.
Avast Cleanup Premium
Peningkatan prestasi dan pembersihan generasi seterusnya untuk peranti anda
Jadikan peranti anda berprestasi seperti baharu:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan.
Nikmati prestasi yang lebih laju daripada peranti anda.
Sediakan penyelenggaraan automatik.
Lihat semua ciri
Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Surat berita