Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Laman utama teknologi

Pengesanan dan sekatan perisian hasad

Untuk melindungi pengguna, Avast mengesan dan melaporkan dengan segera sebarang fail atau tingkah laku yang mencurigakan. Infrastruktur canggih kami dan akses ke sejumlah besar data keselamatan yang dikumpulkan dari beratus-ratus juta peranti di seluruh dunia, memberikan kami rangkaian pengesanan ancaman sifar hari terbesar di dunia.

Pengesanan ancaman automatik dan pembasmian perisian hasad

Bagaimanakah kami melindungi ratusan juta orang setiap hari? Teknologi canggih kami mengubah pengguna kami menjadi rangkaian sensor yang bekerjasama di seluruh dunia. Sekiranya salah seorang daripada mereka menghadapi perisian hasad, Avast menggunakan enam lapisan perlindungan untuk mengenal pasti, menyekat dan memaklumkan seluruh rangkaian dalam masa beberapa saat.

Perlindungan berbilang lapisan terhadap perisian hasad dan serangan siber

Apabila perisian hasad mensasarkan peranti pengguna, kami menggunakan enam lapisan perlindungan yang mendalam, dikuasakan oleh analisis berasaskan awan yang unik dan teknik pembelajaran mesin, untuk memastikan peranti itu selamat. Di bawah ialah perincian lanjut tentang cara lapisan pelindung ini mempertahankan anda dan peranti anda daripada ancaman siber.

Avast Web Shield
Memproses semua trafik masuk melalui HTTP dan sambungan HTTPS yang disulitkan, menggunakan algoritma pengesanan URL untuk melindungi daripada pemancingan data serta penapisan kandungan penuh untuk menghalang perisian hasad.
Pengimbas Statik
Menganalisis kod dan objek binari sebelum pelaksanaan, menggunakan pembelajaran mesin dan pelbagai kaedah pengesanan, termasuk analisis struktur PE, analisis penghubung, membongkar/nyahpengeliruan serta pemadanan persamaan, kabur, dan algoritma. Berdasarkan analisis, pengimbas statik kami yang pantas dan cekap kemudiannya mencirikan fail tersebut sebagai tidak berbahaya atau berniat jahat.
Pelagak
Dua pelagak (satu untuk skrip dan satu untuk fail binari) melindungi daripada perisian hasad dan kelemahan zero-day serta meningkatkan daya tahan terhadap pengubahsuaian sampel perisian hasad. Ini memberikan pelagakan penuh terhadap persekitaran pengkomputeran natif, termasuk CPU maya, RAM maya, dan OS maya bersama dengan subsistemnya. Ciri-ciri dikumpulkan semasa pelagakan dan perisian hasad kemudiannya akan disekat mengikut enjin peraturan kami yang unik.
Avast DeepScreen
Menggunakan mesin maya penuh, yang terdapat versi klon OS pengguna menguji fail yang mencurigakan, DeepScreen menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk mengenal pasti persamaan dengan keluarga perisian hasad yang diketahui. Mesin maya yang dibantu oleh hypervisor menghubungkan ke enjin awan Avast untuk menggunakan kecerdasan ancaman yang dikumpulkan daripada seluruh pangkalan pengguna kami.

Kami menggabungkan virtualisasi aplikasi yang mencurigakan dan instrumen yang mendalam untuk melihat pada tahap tinggi, serta pada tahap arahan, apa yang cuba dilakukan oleh program diperiksa. Berdasarkan model tingkah laku yang diperhatikan menggunakan algoritma pembelajaran mesin, kami dapat mengenal pasti persamaan dengan keluarga perisian hasad yang diketahui. Dengan mengupas lapisan demi lapisan menggunakan introspeksi dinamik yang mendalam, komponen pembongkar umum dapat mengungkap sampel perisian hasad yang diketahui yang boleh bersembunyi dalam perisian yang amat mengelirukan dan disulitkan. Semasa proses ini, enjin awan kami menggunakan risikan ancaman yang dikumpulkan dari keseluruhan pangkalan pengguna kami untuk menilai semua sampel perisian.
Avast CyberCapture
Diaktifkan secara automatik, apabila diperlukan, untuk mencegah perisian hasad yang paling jarang dan paling canggih daripada menyusup ke dalam sistem pengguna. CyberCapture mengunci dan menyerahkan fail yang berniat jahat yang berpotensi, termasuk semua metadata yang berkaitan, ke persekitaran bilik bersih Makmal Virus Avast kami, sambil memaklumkan kepada pengguna dan memastikan pengguna ini dimaklumi sepanjang proses dijalankan. Algoritma maju dan pakar Avast memeriksa fial yang mencurigakan dalam lapisan keselamatan yang paling maju ini. CyberCapture menganalisis lebih daripada 20,000 fail unik setiap hari.
Perisai Tingkah Laku
Memantau sistem untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan semasa program berjalan. Perisai Tingkah Laku menangkap tingkah laku yang luar biasa pada peranti (berfungsi pada PC dan telefon pintar Android) seperti cubaan untuk menamatkan perkhidmatan Windows Update atau Tembok Api, menyuntik proses peringkat sistem atau menggunakan kamera tanpa aktiviti yang dimulakan oleh pengguna. Apabila dinilai sebagai berniat jahat, perisai ini dapat menghentikan aktiviti itu secara automatik, membatalkan operasi, dan mengkuarantin objek tersebut.

Kekal dimaklumkan, kekal dilindungi

Kami sentiasa mengawasi isu keselamatan untuk melindungi ratusan juta pengguna daripada ancaman yang muncul. Untuk mendapatkan dahulu ciri produk terkini dan mendengar tentang ancaman daripada pakar Makmal Virus Avast, lawati blog Avast.

Tutup

Hampir selesai!

Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.

Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.